Bila sendirinya atau berasal dari satu isu yang

Bilamembicarakan mengenai konflik etnik, perlu difahami bahawa ia bukan sahajaberlaku di antara etnik berlainan, tetapi juga ia berlaku di dalam satu etnikyang sama.

Ini adalah kerana di dalam sesebuah etnik itu, terdapat bebrapasub-kategori kecil lagi bagi sesebuah etnik yang mungkin sahaja boleh dijadikan sebagai asas untuk berlakunya sesuatu permasalahan atau konflik.Konflik itu sendiri, seakan menjadi salah satu ciri di dalam hubungan etnik.Apabila membicarakan mengenai konflik, ia seakan melengkapkan karektorpsikologi ras, bangsa atau etnik. Walaupunkonflik etnik itu bukanlah sesuatu yang dapat ditangani secara maksimal oleh mana-mananegara, namun melalui konflik jugalah setiap kumpulan etnik itu dapat menengahkantuntutan mereka sama ada secara aman atau tegas, membuka perbincangan untukmemenuhi tuntutan sesuatu etnik atau membincangkan perbezaan pendapat di antaraetnik . Amat berbeza di negara yang berada di dalam sistem autoritarian, dimana etnik minoriti sering tidak dapat menyatakan keluhan mereka.Keluhan-keluhan yang tidak didengar ini mungkin akan menyebabkan kekecewaan etnikitu diikuti oleh ledakan ganas.

Varshney, Ashutosh(2007). Olehitu, perlu di fahami bahawa keamanan etnik bermaksud ketiadaan keganasan dan bukannyabermaksud ketiadaan konflik. Apabilamenyentuh atau memperkatakan tentang konflik etnik,  ia tidak semestinya membicarakan mengenaipergaduhan, perkelahian, perang atau pembunuhan. Konflik dan etnik bolehberkait apabila membincangkan mengenai hak etnik, peluang-peluang etnik dalamekonomi, sosial, politik dan lain-lain lagi. Namun, diantara etnik-etnik yangada di dalam sesbuah masyarakat setempat itu, ia lebih selesa di label dengankonfrantasi apabila timbulnya isu dan konflik yang mungkin sahaja bukanlahbersifat kekerasan. Perkataan KONFRANTASI itu dengan pantas akan timbul, tidakkiralah sama ada kecil atau besar sesuatu pekara itu terjadi. Masyarakat yangmelihat isu dan konflik yang timbul, dengan pemikiran normal masyarakat akandengan cepat mengghukum bahawa sedang berlakunya konfrantasi apabilakepentingan etnik berlainan di bincangkan. Konfliketnik selalu timbul di dalam mana-mana negara di dunia.

Di setiap benua,konflik atau konfrantasi ini akan timbul, di perbincangkan dan meletusnyapertembungan ganas baik dari segi ekonomi, politik, agama ataupun secaraketenteraan. Mengambilcontoh mengenai beberapa peristiwa yang pernah berlaku di Malaysia sepertiPeristiwa 13 Mei 1963, Tragedi Kampung Rawa Pulau Pinang, ataupun seperti di Rusuhan Mei 1998 di Indonesia.  Kesemua rusuhan atau kejadian yang di sebutbukanlah sesuatu yang berlaku dengan sendirinya atau berasal dari satu isu yangremeh.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

Namun, ia adalah kelansungan dari sejarah, perselisihan dan dendam yangtelah lama disimpan dan sebarang insiden yang tercetus kemudian, telahmeletuskan api kemarahan yang selama ini dipendam hasil dari kekecewaan yangcukup lama cuba disabarkan namun gagal diselesaikan oleh mana-mana pihak yangberkenaan. FAKTOR KONFLIK DI DALAMHUBUNGAN ETNIKTerdapatbeberapa punca atau pencetus kepada timbulnya konflik etnik antaranya isuidentiti atau penetuan nasib sendiri.  Hakuntuk hidup aman, selesa dan peluang untuk memperbaiki tahap hidup sesuatuetnik itu mungkin tidak disenangi oleh etnik lain yang mungkin melihat iniadalah sebagai satu percubaan untuk memonopoli dan meghakis hak-hak kaum yanglain untuk menerima hak yang sama.Selainitu dari segi factor ekonomi.  Faktorekonomi telah dikenalpasti sebagai salah satu punca utama konflik etnik.

  Persaingan untuk sumber yang terhad adalahfaktor umum dalam hampir semua konflik etnik. Dalam pelbagai masyarakat etnikseperti Malaysia dan Indonesia, masyarakat etnik akan hebat bersaing untuk  harta, hak, pekerjaan, pendidikan, bahasa,kemudahan sosial dan kemudahan penjagaan kesihatan yang lebih baik. Mengambilcontoh dari kajian, Okwudiba Nnoli (1980) yang menghubungkan faktorsosio-ekonomi dengan konflik etnik di Nigeria. Menurut A.S. Furnival, yangdikutip di Nnoli (1980: 72-3), “kerja-kerja kekuatan ekonomi membuatketegangan antara kumpulan yang mempunyai kepentingan bersaing.”          Terdapatjuga isu perundangan dimana kita dapat lihat beberapa isu yang memerlukancampur tangan sistem perundangan yang gagal memuaskan hati sesuatu etnik yangdi lihat mungkin seperti satu bentuk ancaman atau percubaan untuk menganiayamereka. Faktor lain yangmencetus kepada konflik etnik ini adalah uutonomi daerah (Thomas Benedikter –Szekler National Council).

  Perebutankawasan diantara etnik majoriti atau minoriti yang mana masing-masing sama adasatu pihak cuba mempetrtahan kedualatan etnik dan rasnya dengan menjaga pusakatanah dan tempat; dan satu lagi etnik cuba memperjuangkan haknya untuk memilikisesuatu dari kawasan atau daerah yang diduduki samada untuk pusaka, ekonomiatau sebagainya.Dimana-mana negara sekalipun, konflik etnik muncul sebagai akibat daripadapenafian keperluan asas akses manusia, identiti, autonomi, keselamatan dankesamaan, yang diperkuat  oleh peranandancampur tangan authoritarian yang dimainkan oleh kerajaan. Penafian keperluanasas kepada orang ramai disalam mana-mana etnik akan sedikit sebanyak bercambahmenjadi konfrantasi yang boleh melarat kepada pertempuran yang ganas.Pengurusan konflik perlu di kaji dan di fahami dengan lebih cerdas olehmasyarakat dan pihak berwajib yang pada masa akan dating adapat dengan lebihbijak menerima sebarang isu etnik yang timbul dari pelbagai sumber konflik supayatidak berkembang dan berakhir dengan konfrantasi.