Kebanyakan daripada perikatan ini. Pada tahun 1879, Perikatan

Kebanyakan insiden yang berlakusemasa akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah berpusat di Eropah. Kejadian-kejadianini adalah rentetan daripada pakatan berdua dan pakatan bertiga yang membawakepada tercetusnya Perang Dunia Pertama pada 1914 hingga 1918. Berikutmerupakan garis masa mengikut tahun peristiwa penting yang berlaku di Eropah Perikatan-perikatanini dibentuk dengan alasan sekiranya ada negara anggota diserang, negara lainakan menawarkan bantuan. Pada peringkat awal, perikatan ini disertain oleh tigakuasa besar iaitu Prusia, Rusia, Austria-Hungary.

Namun, pada tahun 1878, Rusiamenarik diri daripada perikatan ini.    Padatahun 1879, Perikatan Berdua (Dual Alliance) ditandatangani antara Empayar Jerman dan Austria-Hungary. Perikatan inijuga dikenali sebagai Perikatan Austro-Jermany. Perikatan ini menyebabkankedua-dua kuasa menjanjikan sokongan dalam kes serangan yang dilakukan olehRusia dan berjanji untuk kekal berkecuali sekiranya kes kes pencerobohanmelibatkan kuasa lain. Otto Von Bismarck yang berasal dari Jerman melihatperikatan ini sebagai salah satu inisiatif untuk memelihara keamanan keranaRusia tidak akan berani untuk berperang dan melawan kedua-dua kuasa besartersebut. Padatahun 1882, Itali menyertai Jerman dan Austria-Hungary dan telah menyebabkanPerikatan Bertiga (Triple Alliance) terbentuk. Perikatan ini kekal sebagaielemen penting dalam dasar luar Jerman dan Austria-Hungary sehingga tahun 1918.

OttoVon Bismarck          Padatahun 1871, terdapat dua buah kuasa utama Eropah iaitu Empayar Jerman dankerajaan Itali. Empayar Jerman yang baru dikuasai oleh Otto Von Bismarck telahmengambil langkah berjaga-jaga dengan kuasa besar Perancis. Hal ini keranasemangat yang membara oleh Perancis untuk menakluk kembali wilayah Alsace danLorraine yang hilang semasa perang Perancis-Prusia (1870-1871).           Pada asalnya, Jerman telah bersekutudengan Rusia dan Austria-Hungary dalam Liga Tiga Kaisar (Three Emperors’League). Namun, hubungan Rusia dan Austria-Hungary tidak begitu baik keranapenglibatan Rusia dalam Pergerakan Pan-Slavic telah mengancam kedudukan Rusia.Setelah Perjanjian San Steffano (1878) diikuti Perang Russo-Turki yangdisebabkan oleh Gerakan Pan-Slavic yang telah menyebabkan pembentukan wilayahBulgaria yang besar yang telah menyinggung kuasa besar pada masa itu iaituGreat Britain dan Austria-Hungary.

Rentetan daripada kejadian ini, PersidanganEropah 1878 telah dipanggil untuk menyemak semula perjanjian. Menyebabkan Rusiadan Austria-Hungray menjadi musuh.    Olehitu, Perikatan Bertiga (Triple Alliance) dibentuk yang merupakan pakatan sulitantara Jerman, Austria-Hungary dan Itali yang dibentuk Mei 1882 dandipersetujui untuk diperbaharui secara berkala sehinggalah Perang DuniaPertama. Jerman dan Austria-Hungary mempunyai hubungan yang rapat sejak  1879 iaitu sejakpembentukan Perikatan Berdua (Dual Alliance). Itali memerlukan sokongandaripada Jerman dan Austria-Hungary apabila kehilangan Afrika Utara yangditakluk oleh Perancis. Melalui perikatan ini, Jerman dan Austria-Hungaryberjanji sekiranya Itali diserang oleh Perancis, Itali akan dibantu oleh Jermandan Austria-Hungary dan jika Perancis menyerang Jerman, Itali akan memberikanbantuan.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

Namun, sekiranya Rusia menyerang Austria-Hungary, Itali berjanji untukkekal neutral.           Apabila perjanjian itu diperbaharuipada 1887, Itali telah dikhianati oleh janji-janji kosong yang ditaburkan olehJerman untuk membantu Itali mendapatkan semula Afrika Utara yang ditakluk olehPerancis.  Austria-Hungary ditekan olehOtto Von Bismarck untuk menerima rundingan dan persetujuan bersama dengan Italimengenai segala perubahahan kawasan wilayah yang dimulakan di Balkan. Namun,konflik wilayah ini tidak dapat diselesaikan melalui perjanjian.           Justeru, pada 1 November 1902, setelahlima bulan perjanjian tersebut diperbaharui, Itali mencapai persefahaman denganPerancis bahawa masing masing akan bersifat neutral sekiranya menghadapiserangan. Walaupun perikatan itu diperbaharui lagi pada tahun 1907 dan 1912,Itali memasuki Perang Dunia I pada Mei 1915 sebagai pembangkang kepada Jermandan Austria-Hungary. ReinsuranceTreaty pada 1887 adalah perjanjian rahsia yang telah dirancang oleh Jerman danRusia yang diatur sendiri oleh Otto Von Bismarck.

Perjanjian ini menyaksikanpakatan antara Jerman dan Rusia yang akan kekal neutral jika negara lain terlibat dalam peperangan tetapi ini tidak akanberlaku sekiranya Jerman menyerang Perancis atau Rusia menyerang Austria. Namun,apabila Kaiser Willhelm II menaiki takhta, beliau telah memecat Otto VonBismarck kerana dia dikatakan tidak begitu agresif dalam melaksanakankepemimpinan di Jerman.Jermanmengikat persahabatan dengan Rusia dengan menyetujui pengaruh Rusia diBulgaria. Selain itu, Jerman juga menyokong tindakan Rusia untuk menjaga LautHitam sebagai jajahan takluknya. Apabila perjanjian itu tidak diperbaharui padatahun 1890, satu Perikatan Franco-Rusia mula terbentuk.

Padaakhir abad ke-19, kebanyakan negara mencari perikatan dengan negara lain untukmenjamin keselamatan negara, memelihara keamanan dan membantu menstabilkan kedudukanekonomi. Perikatan Franco-Rusia merupakan persekutuan ketenteraan antaraEmpayar Rusia yang wujud dari 1892 hingga 1917 Republik Ketiga Perancis.Hubungan Perancis dengan Rusia adalah disebabkan ekonomi, ketenteraan dankewangan sehingga 1917. Perjanjian ini seterusnya diperbaharui pada tahun 1899dan 1912.

 Kedua-duanegara mahu perkara yang berbeza dari persekutuan ini tetapi mereka mempunyaisebab dan tujuan yang sama iaitu untuk menentang Jerman. Perancis mahu membalasdendam keatas Jerman untuk Franco-Perang Prusia 1970 – 1971 kerana merekadikalahkan. Manakala, Rusia mahukan sekutu supaya dapat merasa selamat dariancaman Jerman.          Perancis memerlukan sekutu keranaberasa diancam oleh Otto Von Bismarck. Bismarck telah berjaya mengasingkanPerancis daripada diplomasi. Perancis gagal untuk mendapatkan sokongan GreatBritain. Oleh itu, Rusia merupakan satu satunya pilihan Perancis untukmendapatkan sekutu kerana Rusia amat membenci dan menentang Jerman. Bagimencapai hasrat ini, Perancis telah memberi dana kepada Rusia  untuk membangunkan pasukan ketenteraan.

Selain itu, bantuan ketentaraan seperti penyediaan tentera dan senjata turutdibekalkan oleh Perancis. Seterusyaialah Perjanjian Bertiga (Triple Entente). Perjanjian bertiga melibatkanpersekutuan antara Great Britain, Perancis, dan Rusia. Mereka merupakan KuasaSekutu dalam Perang Dunia I. Perjanjian ini dibentuk dari persekutuanFranco-Rusia yang secara perlahan dibangunkan dan telah dirasmikan pada tahun1894, Entente Cordiale Anglo-Perancis pada tahun 1904, dan perjanjianAnglo-Rusia pada tahun 1907, yang membawa kepada kewujudan Triple Entente.  Kuasa besar di Eropah di bahagikankepada :-Peta Eropah         Kesimpulan daripada segala perjanjiandan perikatan yang wujud adalah seperti berikut :-     Terdapatbeberapa perkara yang menyebabkan berlakunya Perang Dunia Pertama. Antaranyaialah imperialisme. Berlakunya perlumbaan mendapatkan wilayah jajahan antaranegara-negara di Eropah.

Imperialisme terjadi ketika sebuah negara menguasaiwilayah lain untuk mengambil kekayaan dari wilayah yang dikuasainya. Kekuasaansesebuah negara dapat dilihat dari berapa besar kawasan jajahannya. Oleh itu,kesan daripada pelumbaan mendapatkan tanah jajahan menyebabkan berlakunyaPerang Dunia Pertama.

Selainitu, dikatakan pembunuhan putra mahkota kerajaan Austria-Hungary menyebabkanberlakunya Perang Dunia Pertama. Archduke Franz Ferdinand dan Isterinya telahdatang ke Sarajevo untuk memeriksa keadaan persiapan ketenteraan disana. ArchdukeFranz Ferdinand telah dibunuh oleh nasionalis Serbian pada 28 June 1914 diBosnia. Pembunuhan ini disertai oleh beberapa sebab iaitu penggabungan Bosniadan Herzegovina. Pihak Serbia mendakwa bahawa itu adalah wilayahnya danmenentang penggabungan tersebut. Pembunuhan Ferdinand ini memberikan peluanguntuk mengambil tindakan terhadap Serbia. Akibat daripada keteganggan ini maka,Perang Dunia Pertama meletus pada 28 Julai 1914.            KetikaPerang Dunia Pertama, Eropah terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Walaupunkebanyakan peristiwa tertumpu di Eropah, terdapat juga negara-negara luar yangterlibat dalam Perang Dunia Pertama.

Contohnya seperti penglibatan AmerikaSyarikat dan Jepun. PresidenAmerika Syarikat iaitu Woodrow Wilson mengistiharkan satu dasar iaitu DasarBerkecuali dimana beliau enggan melibatkan Amerika dalam mana-manapertelingkahan yang berlaku di Eropah. Untuk menguatkan lagi dasar yangdilaksanakan oleh beliau ini, pada 4 Ogos 1914, Wilson telah mengumumkan bahawatidak ada seorangpun warganegara Amerika yang boleh mengambil bahagian dalampeperangan secara langsung atau tidak langsung. Kenyataan beliau ini mendapatsokongan majoriti daripada rakyat Amerika Namun,terdapat beberapa factor yang menyebabkan Amerika Syarikat dan Jepun mengambilkeputusan untuk menyertai Perang Dunia Pertama. Amerika Syarikat melibatkandiri dalam Perang Dunia Pertama disebabkan oleh beberapa peristiwa yangmenjejaskan kepentingan Amerika dari segi ekonomi, sosial dan politik ke atasnegara-negara di Eropah. Atas situasi tersebut dan desakan daripada rakyat,maka pada 6 April 1917, Amerika telah menyertai Perang Dunia Pertama denganmenyebelahi pihak Berikat.

Ini memperlihatkan keruntuhan Dasar Berkecuali yangdilaung-laungkan oleh Amerika selama ini dibawah pemerintahan Presiden WoodrowWilson.AntaraIsu yang mencabar dasar berkecuali Amerika pada masa tersebut ialah isu Belgium,sekatan dagang Britain, isu kapal selam dan Zimmermann Telegram yang telahdisekat. Isu ini bermula apabila tentera Jerman melakukan pencerobohan danserangan yang kejam terhadap negara Belgium. Tindakan Jerman menceroboh Belgiumini sememangnya tidak wajar kerana sengketa yang dialami oleh Jerman tiadakena-mengena dengan Belgium kerana negara ini adalah sebuah negara berkecuali.Tindakan Jerman ini dianggap oleh rakyat Amerika sebagai sesuatu tindakan yangmenyalahi undang-undang antarabangsa dan juga hak asasi manusia. Disampingitu, rakyat Amerika juga sedar bahawa negara Belgium amat memerlukanpertolongan daripada kuasa-kuas besar seperti Britain dan juga Amerika. Namun,simpati rakyat Amerika terhadap negara Belgium ini hanyalah sekadar simpati dantidak disusuli dengan tindakan untuk membantu Belgium kerana Presiden WoodrowWilson tetap dengan pendirian beliau untuk meneruskan dasar berkecuali terhadapisu dan peristiwa yang berlaku di Eropah.

Dasarberkecuali yang diamalkan oleh Wilson ini diperkuatkan lagi dengan keuntunganyang diperolehi oleh Amerika dalam peperangan ini. Contohnya, eksport senjataAmerika terhadap negara Eropah telah mengalami peningkatan dimana pada bulanJanuari 1916, eksport Amerika hanya bernilai $500 juta Dolar telah bertambahkepada $1680 juta Dolar pada bulan Mac 1917. Peluang ekonomi yang diperolehioleh Amerika ini tidak dilepaskan dengan begitu sahaja malah menguatkan lagidasar berkecuali oleh Wilson.

          Seterusnya ialah isu Sekatan Dagang yang dilaksankan olehBritain merupakan satu usaha untuk menyekat segala barang daganggan khususnyaalat makanan dan senjata daripada diterima oleh musuh Britain. Dalam isusekatan ini, pihak Britain mengadakan sekatan kepada kapal laut yang melaluikawasan perairan kepulauan British. Kapal-kapal ini tidak di benarkanmeneruskan perjalanan mereka ke negara Eropah yang lain seperti Jerman, Austriadan Hungary.  Tindakan Britaindisifatkan oleh rakyat Amerika sebagai melanggar hak asasi Amerika sebagaisebuah negara berkecuali kerana rakyat Amerika berpendapat bahawa mereka tidakpatut dihalang daripada mengadakan hubugan perdaganggan dengan mana-mana negarakerana mereka tidak terikat dengan mana-mana kuasa di Eropah. Disamping itujuga ia telah melanggar undang-undang antarabangsa. Ekoran daripada tindakanpihak Britain ini, Amerika memberi reaksi dengan menghantar Setiausaha Negaraiaitu William Jenning Bryan pada 6 Ogos 1914 untuk meminta supaya Britainmematuhi Deklerasi London yang telah dipersetujui pada tahun 1909. Namun, usaha yangdilakukan oleh William Jenning Bryan ini gagal apabila British enggan mematuhiDeklerasi tersebut.

Malah, pihak Britain mempertingkatkan lagi kawalan dansekatan di perairannya pada Februari 1915. Akibat daripada sekatan dagang yangdilaksanakan oleh Britain ini menyebabkan pengeksportan barangan ke negaraEropah yang lain tergendala dan mengalami kemorosotan. Pada 16 Januari1917, Menteri Luar Jerman iaitu Arthur Zimmermann telah menghantar telegramkepada duta Jerman di Mexico. Dalam mesej yang telah dihantar oleh Zimmermanntersebut menyatakan tentang ajakan pihak Jerman kepada Mexico untuk bekerjasamadengannya.

Zimmermann memberi arahan kepada duta Jerman di Mexico supayamengatur rancangan untuk  kerjasama dengan Mexicountuk menentang Amerika. Dalam rancangan ini, Jerman akan berjanji akanmemberikan Texas, Arizona dan New Mexico (bekas milik Mexico) kepada pihakMexico sekiranya berjaya mengalahkan Amerika. Selain itu, notayang dikirimkan oleh Zimmermann juga telah mengajak Jepun untuk menyertaimereka.

Pada 1 Mac 1917, surat khabar Amerika telah menyiarkan berita tentangmesej yang dihantar oleh Zimmermann tersebut. Akibat daripada peristiwa ini, iatelah mendorong Amerika untuk campurtangan dalam perang Dunia Pertama kerana Amerikamerasakan bahawa rancangan Jerman ini boleh mengancam kedudukan Amerika sebagaisalah sebuah kuasa besar di dunia dan kebimbangan terhadap keselamatan dankeamanan di negara Amerika terancam.Jepun jugaterlibat dalam Perang Dunia Pertama atas beberapa kepentingan. Antaranya adalahuntuk memperluas dan memperkukuhkan kuasa ke atas wilayah-wilayah di China danKorea, ingin mengaut keuntungan ekonomi serta memperbaiki dan memantapkanekonomi Jepun, serta ingin menyamakan taraf mereka dengan kuasa Barat. Jepunberusaha mencapai matlamat-matlamat tersebut secara jelasnya melalui Tuntutan21 ke atas China dan Perjanjian Versailles  Jepun telahmembuat keputusan untuk menyertai Pihak Bersekutu yang terdiri daripada AmerikaSyarikat, Great Britain, Itali, Perancis melawan pihak Jerman dan Austria.Perang Dunia Pertama telah bermula pada tahun 1915 dan tamat pada 1918.

Katoyang merupakan Menteri Luar Negeri Jepun telah berjaya meyakinkan kabinet Jepununtuk menyertai Perang Dunia Pertama kerana ianya dapat memberikan manfaatkepada Jepun apabila menyokong pihak British yang akan muncul sebagai juara dansekiranya Pihak Bersekutu kalah ianya tidak akan menjejaskan Jepun. Jepunmengambil peluang ini untuk mengukuhkan kedudukannya di Asia Timur antaranyadari aspek ekonomi. Keadaan ekonomiJepun selepas Perang Rusia-Jepun pada tahun 1904 sehingga 1905 memberikan kesanburuk terhadap ekonomi Jepun. Ekonomi Jepun merosot dan rakyat terpaksamenanggung beban cukai demi keselamatan negara.

Oleh itu, Jepun telah menceburibidang perusahaan berat terutamanya membina kilang-kilang membuat alat-alatsenjata. Jepun sedar bahawa untuk menjadi sebuah kuasa imperialis, Jepunhendaklah mengeluarkan sendiri kelengkapan perang tanpa mengharapkan bantuanasing.Selain itu juga,Jepun menggunakan kesempatan yang ada untuk meningkatkan hasil penjualan kaindi Asia Tenggara yang sebelum ini pengeluaran dan pembekal kain dimonopoli olehBritain, Jerman dan Perancis. Eksport kain kapas Jepun antara tahun 1913sehingga 1918 bertambah 185% iaitu  daripada 412 juta elakepada 1,174 juta ela. Muatan perdagangan juga bertambah daripada 1,577 jutaton kepada 2,840 juta ton pada tahun 1914 sehinga 1919.

Pada waktu Perang DuniaPertama  ini berlangsung, Jepun dikatakandalam zaman kemewahan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Perang DuniaPertama  ini memberi manfaat yang baikterhadap perkembangan ekonomi Jepun.          Kesimpulannya, Perang Dunia Pertama telah meninggalkanimpak besar dalam sejarah dunia.

Peristiwa ini bukan saja menjejaskan politiknegara yang terlibat tetapi turut menyebabkan berlakunyamasalah ekonom, jumlahkematian yang tinggi, kemusnahan harta benda yang banyak. Walaupun kebanyakanperistiwa berlaku di Eropah, masih terdapat kuasa lain yang menyertai PerangDunia Pertama atas kepentingan negara masing-masing.